TENTANG KAMI

PROFIL SYARIKAT


LATARBELAKANG

BUTIK SRI PENGANTIN SHAKIRA (BSPS) yang terletak di No 63A, Jalan Harapan 3A, Taman Sg Kapar Indah, 42200 Klang, Selangor Darul Ehsan telah diasaskan pada tahun 2013 oleh Puan Hjh. Rohayah Binti Kadir.  Ianya telah didaftarkan dengan pihak SSM pada 17 Mei 2013 dengan no pendaftaran SA0255411-D.

Puan Hjh. Rohayah adalah penaung BSPS sebagai pemilik syarikat tetap dan diusahasama oleh ahli keluarga terdekat.  Tn Hj Sulaiman Mohd Shariff yang merupakan suami kepada Puan Hjh Rohayah adalah merupakan penasihat tetap bagi BSPS.

Penubuhan ini menggabungkan kepakaran dan pengalaman luas BSPS, sekali gus memantapkan perkhidmatan perunding majlis perkahwinan wedding planner yang ditawarkan.

BSPS mampu menyediakan khidmat pelbagai jenis majlis sehingga 2,500 jemputan, dari majlis santai ke majlis rasmi.

WAWASAN

Menjadi pakar perunding perkahwinan yang bertanggungjawab, amanah, berdaya saing, professional, sekali gus berhasrat menjadi perunding perkahwinan yang berjaya dan disegani dalam industri ini.

MISI

  • Memenuhi, mencadang dan memberi khidmat nasihat serta rundingcara terbaik kepada pelanggan
  • Prihatin terhadap pekerja melalui hubungan baik di antara pekerja dan majikan
  • Berdaya saing dan cekap
  • Komited melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk meningkatkan mutu    perkhidmatan yang berterusan.


No comments:

Post a Comment

Follow Us @butiksripengantinshakira